“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, (sifat kamu) kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang dari yang mungkar.” (Aali Imran 3:110) . Always Kentalkan Jiwa Sadokan Iman

mY lOvElY fOlLoWeR

January 20, 2015

#PMGS

Bismillah , Assalamualaikum ~~

*Sebelum hangpa baca entry ni , cer tekan play dekat bahagian atas blog ni . Ada lagu , baru feel bace . Haha thanks . 


#PMGS stand for Perkampungan Menara Gading Selangor . Yeah , satu program yang diadakan tiap2 tahun oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan ( PEPIAS ) . FYI , saya #AlumniPMGS tahun 2014 . Alhamdulillah , bersyukur sebab diberi peluang dan ruang .

"Best sangat ke program ni sampai saya akan rugi kalau tak join?" haha 
"Beza ke dengan program2 consultant yang lain?" haha

Okay lah , saya akan usaha untuk jawap persoalan2 ni . 

Yes , exactly . Program ini sangat menarik dan ohsem . 
Program ini sangat berbeza dengan program lain . 

Program ini sangat unik dari segi aktiviti2nya . Setiap apa yang kami lakukan pasti ada rasionalnya , membuatkan saya sebagai peserta menjadi seorang yang berfikir . Fikir dan terus berfikir kenapa jadi ini kenapa jadi begitu dan sebagai nya . Segala perkara yang berlaku akan berbalik pada Islam . Indah nya agamaku . 

Abangs dan Akaks fasi , komiti sangat "friendly" . Saya dapat merasakan betapa dekatnya dengan mereka . Yes , baru saya dapat merasa Sweetnya berukhuwah kerana Allah . Lagi sweet dari gula2 kapas tau , tak tipu ! 

Err itu je ke hang dapat haa ?

Hahah idok ler teman . Banyak lagi yang dapatnya . Kalau cerita semua dekat sini tak best lah kan . Yang pasti aktiviti2 program ni sangat menusuk kalbu . Program ni juga bagi kita tips untuk persediaan masuk universiti/kolej nanti , haa bukan itu je . Tambahan ilmu untuk jadi Mahasiswa Mukmin Penerus Harapan Ummah . Ia dapat elakkan untuk kita jadi mahasiswa 4K ( kelas , kafe , komputer , katil ) . Ilmu dunia kalian dapat , ilmu akhirat pun dapat ! Menarik kan ?

Guana pula tu ? Haih . Haha jangan pening2 . Join je program ni , Insyallah segala kepeningan kalian tu akan terjawap dan anda akan rasa bersyukur sebab dapat join program ni . Kalau kalian tanya saya , "Rugi ke kalau tak join?" . Jawapan saya adalah Ya ! 

#PMG adalah salah satu asbab saya masih setia bersama PEPIAS . Tahniah sebab dah berjaya taut hati saya 

Nah , saya belanja gambar group saya " UPM Hot-to-go " Yeah , really miss them . 

bahagian depan:(dari kiri) Amir , Abg Ahmad , Faris
bahagian tengah:(dari kiri) Putri , Sab , Farah , Ain , Hanisah
bahagian belakang:(dari kiri) Lina (saya) , Kak Su , Bella , Sakinah

Okay lah . Cukup lah saya share serba sedikit tentang #PMGS ni . Banyak lagi input nya tapi biarlah kalian rasanya sendiri . Baru best kan ? Jangan lupa daftarkan diri kalian ya . Pendaftaran dah DIBUKA dan TEMPAT TERHAD ! Ini poster untuk #PMGS tahun ini . Jumpa kalian di sana ya :)


Boleh terus rujuk di Page fb : Perkampungan Menara Gading Selangor '15
Twitter : @PMG2015
Instagram : pmg2015

Akhirnya , Jom kita baca antara pandangan/komen dari #AlumniPMGS2014 . 
Apa kata mereka ?

"Jujur dari hati lah , tak kira abg ni as a pengarah ke apa ke , ada satu perasaan yg susah nk describe bila tgk adik2 yg join #PMG . Rasa happy , syg sgt walaupun tak kenal dan tak dapat berinteraksi secara terus tp dh rase mcm adik2 sendiri . Itu membuatkan abg terasa kuat buat kerja utk #PMG dan Islam"
(Saudara Nabeel Nadzri , Pengarah PMG14)

"PMG14 merupakan satu program utk lepasan spm,stpm,stam 2013 dgn memberi pendedahan ttg alam ipt. Program PMG14 memberi suntikan baru dgn aktiviti2 yg sgt dekat dgn jiwa dan suasana ipt nnti . Ia mmberikan suatu persediaan yg hampir cukup dlm mnghadapi suasana baru di ipt nnti"
(Saudara Ahmad Asyraf , Fasi PMG14)

"Modul yang terbaik , lagi2 part persidangan dengan perwakilan tu . That is so happen in campus . #PMG14 is OHSEM !"
(Saudari Asyeirah Mat Zaki , Fasi PMG14)

"Akak dilamar 2minggu sebelum PMG14 untuk jadi komiti . Pada mulanya akak kurang excited sebab akak masih muda dan tempatnya bukan dekat audi , feeling dia kurang . Tapi , PMG14 ni akak tertarik dengan Siswazania , Persidangan . Pembaharuannya pada aktiviti la , sampai sekarang akak ingat slot Abg K dimana dia invite semua #AlumniPMGS . Aura dia lain macam"
(Saudari Husna Husni , Komiti PMG14)

"Program ni dapat membantu untuk sediakan diri dari segi mental dan emosi untuk memasuki alam universiti"
(Saudari Minhalina , Peserta PMG14)

"#PMG , satu program yang sangat fun dan padat dengan pengisian . Mengajar untuk lebih tough dekat alam universiti . Ukhuwah yang sangat sado dan semestinya antara program yang terbaik pernah saya join . Tahniah PEPIAS"
(Saudari Lina Sabri , Designer Ummatik)

Terima kasih semua . Semoga Allah berkati kalian , amin insyallah :)

Lina Sabri ,





January 13, 2015

Kisah Pasar Malam = Perjuangan Dakwah




Untuk pertama kali nya pergi pasar malam dekat Puchong sepanjang aku belajar dekat CityU ni . Sebab ? First time duduk hostel bila weekend plus rumah takde gas , kena curi . Excited lah bila dah first time kan , dah siap2 tu gerak dengan housemate dan classmate . Sampai je , Masyallah ramainya manusia . Ramai India dan Cina yang berniaga , hmm okay redha . Sambil usha2 makanan dekat pasar malam , ternampak makanan yang dah lama mengidam ( kuew teow goreng ) Yeah , dah lama nak makan . Okay sabar dulu , jalan tengok benda lain . Then patah balik pergi gerai Kuew Teow Goreng tu . Ada customer sorang , then tunggu lah , kuew teow pun dah tinggal sikit . Bila dia nampak aku duk tunggu nak order , cepat2 mamat tu cakap " Haa , pakcik tambah lagi satu lah" . "perghh , melepas aku nak makan" cakap dalam hati . Hmm sabar . Cari tempat lain , banyak makanan dah habis . Ada tinggal gerai tuh nak habiskan Bihun Goreng . Redha jelah , datang2 dapat Bihun Goreng yang tersangat banyak dengan harga RM2.50 . Alhamdulillah , senyum . Bila nak balik , tengok gerai Pakcik tadi , dia nak masak Kuew Teow yang baru . Classmate pun pergi lah beli then dia cakap "Lina , kau nak sangat Kuew Teow kan , Nanti kita share separuh2 la" Alhamdulillah , senyum . 

The End

Motif kau cerita pasal ni ? Haa , nak habaq mai lah ni . Moral of the story .

Sama macam dalam Perjuangan Dakwah ni . Bila dah first time tuh kau akan rasa excited gile lah nak berdakwah ni . Bila kau dah berjumpa dengan Ummah , kau akan tengok pelbagai ragam yang ada . Kau redha dan bertahan lagi . Bila mana sampai kemuncak nya , kau tak dapat apa yang kau impikan , kau akan rasa sakitnya pijak duri tu then kau akan rasa kecewa . Yeah , kau akan rasa benda tu .  Tapi , jangan risau . Sabar , selagi mampu bersabar kau bersabar k . Bila kau teruskan lagi perjuangan ni kau akan temui lebih daripada yang kau impikan , saat itu kau akan rasa bertapa indahnya Perjuangan Dakwah ini . Lagi indah apabila kebahagian Berdakwah ni kau kongsikan dengan Sahabat Fillah kau . 

Yeah , Seorang Daie bukan lah dihamparkan dengan red carpet untuk berada diatas landasan dakwah ni .

Lina Sabri ,

Designer Ummatik






Kakak baru sahaja pulang dari berjalan bersama sahabatnya . Kakak masuk kerumah kemudian melintasi adiknya untuk ke bilik . Tiba-tiba adiknya memerli kakak .

Adik : “Kakak , kau ni tak pandai langsung bergayakan . Keluar rumah mesti pakai baju t-shirt muslimah jep . takda baju lain ke .?”
*dengan selamba dia menegur kakaknya .
Kakak : “Ah , suka hatilah . Biar buta fesyen jangan buta agama .”
*menjawap dengan selamba . Tiba-tiba mama mereka menegur kakak .
Mama : “Eh , mana boleh macam tu . kita kena celik dua-dua . ha , baru betul .”

Kakak menjadi tertanya-tanya setelah apa yang diungkapkan oleh mamanya . Setelah sekian lama kakak muhasabah , akhirnya kakak mengiakan apa yang dikatakan mamanya itu sebelum ini . Semenjak dari itu , kakak nekad untuk menjadi generasi pengubah pandangan masyarakat tentang berfesyen .
**TAMAT**


FESYEN . Satu perkataan yang semestinya menjadi tumpuan masyarakat terutama remaja-remaja sekarang tidak kira Si Bunga mahupun Si Kumbang . Andai yang tidak cakna pada fesyen dikatakan pula seperti katak bawah tempurung lah , kuno (Bahasa kampong) lah . Fesyen bukan sahaja pada pakaian kita tapi fesyen adalah daripada atas kepala hingga ke hujung kaki .
Kebiasaannya bila disebutkan tentang fesyen semestinya akan dikaitkan dengan muslimat . Ia adalah kerana kebanyakkan muslimat akan lebih cakna pada dunia fesyen tidak kira apa status sekalipun . Begitu juga dengan Daie yakni Penyampai , ia selalu dikaitkan dengan Pak Ustaz , Mak Ustazah .
Satu istilah yang selalu diguna pakai oleh masyarakat sekarang . Dikatakan hanya ustaz , ustazah sahaja yang layak untuk menyampaikan . Ya , tidak dinafikan zaman kanak-kanak dulu saya pun begitu . Tapi sekarang saya sudah faham apa sebenar maksud disebalik perkataan DAIE . Jadi mengapa saya perlu untuk menjadi seorang ustazah baru saya boleh menyampaikan sedangkan sekarang juga status saya adalah seorang Daie .

Daie = Saya
Daie = Fesyen
Saya = Daie = Fesyen

Satu konsep yang saya akan pegang selamanya . Saya adalah seorang Daie . Saya juga adalah salah seorang yang menceburi dunia fesyen . Jadi , saya satukan Daie dalam fesyen , fesyen dalam Daie . Bagaimana saya akan lakukan ? Saya  akan satukan dengan  konsep GPHU .

GPHU = Generasi Penerus Harapan Ummah
Generasi = Generasi Muda = Generasi Ulul Albab
Penerus = Penyambung
Harapan Ummah = Legasi Ummah/Bangsa
Konklusi = Generasi Muda Ulul Albab Penyambung Legasi Kecemerlangan Ummah

Nah , ini lah antara strategi nya . Kita sebagai seorang Daie ini kena lah bertindak kreatif dan kritis . Seperti diperkatakan tadi tidak semestinya hanya menjadi ustazah sahaja baru boleh berdakwah . Jadi , dikesempatan ini saya nekad untuk menyebarkan islam dengan cara berfesyen . Sebab apa ? Sebab sekarang masyarakat terlalu ramai focus pada fesyen . Dikatakan islam tidak boleh berfesyen . Salah itu .
Islam itu indah bukan . Islam juga menyuruh kita untuk menutup aurat dan BERFESYEN mengikut syariat yang betul . Wahai anak muda , marilah kita sama-sama mengubah perfahaman masyarakat tentang fesyen kerana suara anak muda semestinya akan diperdengarkan . Kita adalah harapan agama , bangsa mahupun negara . Kita adalah Generasi Penerus Harapan Ummah . Kalau bukan kita , siapa lagi ? Kalau bukan sekarang  , bila lagi ? Kalau bukan disini , dimana lagi ? Ayuh lah wahai modal negara , bangkit lah dari lenamu ! Bangkitlah dari kealpaanmu ! Bangkitlah !


*****
Setelah sekian lama , mama mula menyapa kakak yang sedang bercakap sendirian di hadapan cermin biliknya seolah penceramah hebat .
Mama : “Ehem , semangat sungguh anak mama ni .”
* Tersenyum melihat kerenah anaknya
Kakak : “Ha ? err , eh mama . Sejak bila mama ada dekat sini ? Mama Nampak ke kakak buat apa tadi ?”
* Muka merah menaham malu
Mama : “Dah lama dah mama kat sini . Kakak , kakak ,dah jangan nak berangan lagi pergi mandi . Kejap lagi nak solat Jemaah .”
Kakak : “Ha , okay mama .”

**TAMAT**

January 12, 2015

Lina Sabri :)




Bismillah ~~

 Assalamualaikum , setelah sekian lama blog aku ni terbiar . Haih , maaf deh . Hai blogger sekalian . Lina Sabri is back :) Insyallah , akan diupdate perkara2 yang lebih bermanfaat untuk Ummah . Mudah2an ia dapat membuka mata kita untuk lebih cakna pada Ummah sekarang . Insyallah , tak sabar nak post entry baru . Stay tuned guys