“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, (sifat kamu) kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang dari yang mungkar.” (Aali Imran 3:110) . Always Kentalkan Jiwa Sadokan Iman

mY lOvElY fOlLoWeR

January 13, 2015

Kisah Pasar Malam = Perjuangan Dakwah




Untuk pertama kali nya pergi pasar malam dekat Puchong sepanjang aku belajar dekat CityU ni . Sebab ? First time duduk hostel bila weekend plus rumah takde gas , kena curi . Excited lah bila dah first time kan , dah siap2 tu gerak dengan housemate dan classmate . Sampai je , Masyallah ramainya manusia . Ramai India dan Cina yang berniaga , hmm okay redha . Sambil usha2 makanan dekat pasar malam , ternampak makanan yang dah lama mengidam ( kuew teow goreng ) Yeah , dah lama nak makan . Okay sabar dulu , jalan tengok benda lain . Then patah balik pergi gerai Kuew Teow Goreng tu . Ada customer sorang , then tunggu lah , kuew teow pun dah tinggal sikit . Bila dia nampak aku duk tunggu nak order , cepat2 mamat tu cakap " Haa , pakcik tambah lagi satu lah" . "perghh , melepas aku nak makan" cakap dalam hati . Hmm sabar . Cari tempat lain , banyak makanan dah habis . Ada tinggal gerai tuh nak habiskan Bihun Goreng . Redha jelah , datang2 dapat Bihun Goreng yang tersangat banyak dengan harga RM2.50 . Alhamdulillah , senyum . Bila nak balik , tengok gerai Pakcik tadi , dia nak masak Kuew Teow yang baru . Classmate pun pergi lah beli then dia cakap "Lina , kau nak sangat Kuew Teow kan , Nanti kita share separuh2 la" Alhamdulillah , senyum . 

The End

Motif kau cerita pasal ni ? Haa , nak habaq mai lah ni . Moral of the story .

Sama macam dalam Perjuangan Dakwah ni . Bila dah first time tuh kau akan rasa excited gile lah nak berdakwah ni . Bila kau dah berjumpa dengan Ummah , kau akan tengok pelbagai ragam yang ada . Kau redha dan bertahan lagi . Bila mana sampai kemuncak nya , kau tak dapat apa yang kau impikan , kau akan rasa sakitnya pijak duri tu then kau akan rasa kecewa . Yeah , kau akan rasa benda tu .  Tapi , jangan risau . Sabar , selagi mampu bersabar kau bersabar k . Bila kau teruskan lagi perjuangan ni kau akan temui lebih daripada yang kau impikan , saat itu kau akan rasa bertapa indahnya Perjuangan Dakwah ini . Lagi indah apabila kebahagian Berdakwah ni kau kongsikan dengan Sahabat Fillah kau . 

Yeah , Seorang Daie bukan lah dihamparkan dengan red carpet untuk berada diatas landasan dakwah ni .

Lina Sabri ,

No comments:

Post a Comment