Kakak baru sahaja pulang dari berjalan bersama sahabatnya
. Kakak masuk kerumah kemudian melintasi adiknya untuk ke bilik . Tiba-tiba
adiknya memerli kakak .
Adik : “Kakak , kau ni tak pandai langsung bergayakan .
Keluar rumah mesti pakai baju t-shirt muslimah jep . takda baju lain ke .?”
*dengan selamba dia menegur kakaknya .
Kakak : “Ah , suka hatilah . Biar buta fesyen jangan buta
agama .”
*menjawap dengan selamba . Tiba-tiba mama mereka menegur
kakak .
Mama : “Eh , mana boleh macam tu . kita kena celik
dua-dua . ha , baru betul .”
Kakak menjadi tertanya-tanya setelah apa yang diungkapkan
oleh mamanya . Setelah sekian lama kakak muhasabah , akhirnya kakak mengiakan
apa yang dikatakan mamanya itu sebelum ini . Semenjak dari itu , kakak nekad
untuk menjadi generasi pengubah pandangan masyarakat tentang berfesyen .
**TAMAT**
FESYEN . Satu perkataan yang semestinya menjadi tumpuan
masyarakat terutama remaja-remaja sekarang tidak kira Si Bunga mahupun Si
Kumbang . Andai yang tidak cakna pada fesyen dikatakan pula seperti katak bawah
tempurung lah , kuno (Bahasa kampong) lah . Fesyen bukan sahaja pada pakaian
kita tapi fesyen adalah daripada atas kepala hingga ke hujung kaki .
Kebiasaannya bila disebutkan tentang fesyen semestinya
akan dikaitkan dengan muslimat . Ia adalah kerana kebanyakkan muslimat akan
lebih cakna pada dunia fesyen tidak kira apa status sekalipun . Begitu juga
dengan Daie yakni Penyampai , ia selalu dikaitkan dengan Pak Ustaz , Mak
Ustazah .
Satu istilah yang selalu diguna pakai oleh masyarakat
sekarang . Dikatakan hanya ustaz , ustazah sahaja yang layak untuk menyampaikan
. Ya , tidak dinafikan zaman kanak-kanak dulu saya pun begitu . Tapi sekarang
saya sudah faham apa sebenar maksud disebalik perkataan DAIE . Jadi mengapa
saya perlu untuk menjadi seorang ustazah baru saya boleh menyampaikan sedangkan
sekarang juga status saya adalah seorang Daie .
Daie = Saya
Daie = Fesyen
Saya = Daie = Fesyen
Satu konsep yang saya akan pegang selamanya . Saya adalah
seorang Daie . Saya juga adalah salah seorang yang menceburi dunia fesyen .
Jadi , saya satukan Daie dalam fesyen , fesyen dalam Daie . Bagaimana saya akan
lakukan ? Saya akan satukan dengan konsep GPHU .
GPHU = Generasi Penerus Harapan Ummah
Generasi = Generasi Muda = Generasi Ulul Albab
Penerus = Penyambung
Harapan Ummah = Legasi Ummah/Bangsa
Konklusi = Generasi Muda Ulul Albab Penyambung Legasi
Kecemerlangan Ummah
Nah , ini lah antara strategi nya . Kita sebagai seorang
Daie ini kena lah bertindak kreatif dan kritis . Seperti diperkatakan tadi
tidak semestinya hanya menjadi ustazah sahaja baru boleh berdakwah . Jadi ,
dikesempatan ini saya nekad untuk menyebarkan islam dengan cara berfesyen .
Sebab apa ? Sebab sekarang masyarakat terlalu ramai focus pada fesyen .
Dikatakan islam tidak boleh berfesyen . Salah itu .
Islam itu indah bukan . Islam juga menyuruh kita untuk
menutup aurat dan BERFESYEN mengikut syariat yang betul . Wahai anak muda ,
marilah kita sama-sama mengubah perfahaman masyarakat tentang fesyen kerana
suara anak muda semestinya akan diperdengarkan . Kita adalah harapan agama ,
bangsa mahupun negara . Kita adalah Generasi Penerus Harapan Ummah . Kalau
bukan kita , siapa lagi ? Kalau bukan sekarang
, bila lagi ? Kalau bukan disini , dimana lagi ? Ayuh lah wahai modal
negara , bangkit lah dari lenamu ! Bangkitlah dari kealpaanmu ! Bangkitlah !
*****
Setelah sekian lama , mama mula menyapa kakak yang sedang
bercakap sendirian di hadapan cermin biliknya seolah penceramah hebat .
Mama : “Ehem , semangat sungguh anak mama ni .”
* Tersenyum melihat kerenah anaknya
Kakak : “Ha ? err , eh mama . Sejak bila mama ada dekat
sini ? Mama Nampak ke kakak buat apa tadi ?”
* Muka merah menaham malu
Mama : “Dah lama dah mama kat sini . Kakak , kakak ,dah
jangan nak berangan lagi pergi mandi . Kejap lagi nak solat Jemaah .”
Kakak : “Ha , okay mama .”
**TAMAT**
No comments:
Post a Comment