“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, (sifat kamu) kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang dari yang mungkar.” (Aali Imran 3:110) . Always Kentalkan Jiwa Sadokan Iman

mY lOvElY fOlLoWeR

February 13, 2015

Cita Dunia Akhirat

Bismillah , Assalamualaikum ~~


Semoga anda sentiasa diberi nikmat kesihatan , amin insyallah . 


***

" Okay , boleh kongsikan serba sedikit tentang cita-cita kamu semua "

" Cita-citaku menjadi orang kaya hoi . Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah "
Ehem , seronoknya dia nyanyi . Volume tu slowkan sikit , haha

" Hmm nantikan saya nak jadi Jutawan sebab nanti saya dapat banyak duit . Boleh beli macam-macam "

" Kalau saya kan saya nak jadi Doktor sebab suka cucuk orang "


***

Cita-cita . Semestinya bila bicarakan hal ini , fikiran kita sudah terbayangkan saat kita dewasa kelak . Adakah menjadi seorang Doktor ? Atau guru besar ? Atau pereka fesyen ? Haha , masing-masing mempunyai cita-citanya . Ada dikalangan kita bercita-cita berdasarkan aliran yang diambilnya , ada juga kerna memang terlalu berminat dan ada juga kerna manusia lain . 

Ia tidak disabitkan satu kesalahan jika kita mempunyai cita-cita yang tinggi . Malah ia lebih baik kerna kita sudah ada perancangan pada masa hadapan . Sama ada ia menjadi realiti atau pun tidak , hanya ALLAH yang menentukan . Kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang sahaja . 

Tapi . Pernahkah kita terfikir , adakah cita-cita kita itu mampu untuk membantu Ummah yang sudah semakin tenat nyawa-nyawa ikan ? Atau ia hanya sekadar membantu diri sendiri sahaja ? Jawapannya terletak pada diri anda .

" Hmm aku ambil course sekian sekian . Macam mana nak bantu , susah lah "

Sahabat . Tidak kira apa jua aliran yang kita ambil , ia adalah ilmu ALLAH juga . Semuanya adalah ilmu ALLAH . Jadi kenapa kita perlu katakan ia tidak dapat membantu Ummah ? Atau sukar berdakwah melalui ilmu yang kita pelajari ?

Nah , orang dulu kata bodoh sombong . Sudahlah tidak tahu , sombong pula untuk bertanya . Orang seperti inilah yang sentiasa merasai nikmat kerugian itu . Nikmatkah ? Haha , kalau anda mahukan silalah menjadi bodoh sombong . Sahabat , jadikanlah AlQuran dan AsSunnah sebagai rujukan utama kita . Kemudian , dapatkan juga nasihat daripada senior2 tentang aliran yang kita pelajari itu . Percayalah , tidak kira aliran apa yang kita ceburi pasti ia dapat membantu Ummah sekaligus dapat berdakwah kepada masyarakat . 

Ya , tidak dinafikan lagi . Dulu saya juga berfikiran hanya menjadi Ustaz/ustazah atau pun pendakwah sahaja dapat membantu Ummah dan berdakwah kepada masyarakat . Itu dulu sahabat . Fikiran kanak-kanak , nah sekarang pemikiran seharusnya lebih matang . Benar , lebih baik untuk berdiam diri daripada banyak berkata-kata . Tapi , budaya bertanya itu perlu ada agar ilmu kita makin bertambah . Perlunya berdiam diri itu jika kita membicarakan hal-hal yang tidak berfaedah . Nah , saya pula yang sentapnya . Haha

" Hmm , tapi kan kalau apa yang aku impikan tak tercapai macam mana pula? "

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah ayat 216)

Sahabat , ikhlaskan dirimu . Benar , mungkin pada awalnya kita tidak dapat menerima sepenuh hati . Cuba , cuba dan cuba untuk ikhlaskan sepenuh hati kita . Redha , sudah tertulis itu yang terbaik untuk kita . Percayalah , perancangan ALLAH itu adalah sebaik-baik perancangan . Usaha untuk mencari bagaimana ia dapat membantu Ummah serta berdakwah kepada masyarakat . Usaha dulu ya !

" Okay cop , tapi kenapa perlu bantu Ummah ? Kerja untuk makan minum diri sendiri sudahlah "

Haha sahabat , nah baca ni 

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya. (HR Al-Imam Muslim)

Nah , terjawab tak soalan sahabat ? Semoga jawapannya ya ! Insyallah .

Semoga cita-cita mulia kita dapat sama-sama membantu Ummah serta berdakwah kepada masyarakat . Amin insyallah . 

Sahabat tertanya-tanya cita-cita saya ? haha , okay mungkin sahabat baru pertama kali jenguk blog saya . Sahabat boleh tekan older post dan cari entry yang bertajuk DESIGNER UMMATIK . Insyallah itu cita-cita saya , doakan ya !

Sahabat , ambil masa untuk muhasabah balik diri kita .

Semoga bermanfaat deh !
Sentiasa Kentalkan Jiwa Sadokan Iman , insyallah 

Lina Sabri , 
Diari Seorang Daie .

No comments:

Post a Comment